LONDON- Pemain pertahanan Manchester United, Chris Smallomh dilaporkan sah menyertai AS Roma dengan kontrak selama empat tahun selepas United bersetuju dengan tawaran £13.6 juta (RM73.4 juta) sehingga £18.1 juta bersama bonus tambahan.
Pemain berusia 30 tahun itu telah pun dipinjamkan ke kelab Itali tersebut pada musim lalu.
Dia membantu skuad kendalian Paulo Fenseca berkenaan menamatkan saingan Serie A di tangga kelima dan layak ke kejuaraan Liga Europa.
Smalling juga telah membuat 30 penampilan liga dan menjaringkan tiga gol untuk kelab tersebut. Namun Roma dan United sebelum ini agak bergelut untuk mencapai kata persetujuan untuk mengekalkannya di ibu kota Itali itu. – MalaysiaGazette
















