Lee Chong Wei
Lee Chong Wei.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei menasihati rakyat negara ini agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) susulan peningkatan kes Covid-19.

“Kawan-kawan, kes semakin banyak. Ingat, mesti pakai mask (pelitup muka) bila keluar. Ikut SOP. Imbas (aplikasi) MySejahtera. Jangan sampai kena sebat,” kata bekas pemain nombor satu dunia menerusi entri di Facebook miliknya di sini.

Perdana Menteri menegaskan hukuman akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pula memaklumkan jumlah kes COVID-19 di Malaysia menghampiri 14,000 kes apabila merekodkan 489 kes baharu semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast