Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim (kiri) berbual mesra bersama Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 12 NOVEMBER 2018.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan membuat laporan polis jika merasakan diri mereka difitnah.

KUALA LUMPUR – UMNO akan meneliti hasil pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diperkenan menghadap Yang DiPertuan Agong (YDPA) Selasa depan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, penelitian itu akan dilakukan secara penuh bijaksana.

“Apa yang boleh saya nyatakan di sini ialah UMNO akan meneliti dengan penuh bijaksana hasil pertemuan dalam majlis menghadap Yang DiPertuan Agong,” kata Ahmad Zahid kepada portal Suara Merdeka hari ini.

Beliau berkata, dalam hal ini, pendirian UMNO jelas sebagaimana keputusan Majlis Tertinggi (MT) terdahulu.

Sebelum itu, YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan Anwar yang juga Ketua Pembangkang untuk menghadap.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Anwar mengadap Agong Selasa, 13 Oktober

3 Komen

  1. Apa nak teliti lagi. Dulu kan macam dah sokong DSAI . Tujuan Dr Zahid sokong DSAI ialah sebagai ugutan supaya TSMY bubar Parlimen. TSMY rasanya tak bubar parlimen kerana covid menggila. Jadi terima lah DSAI dan DAP memerintah negara ini. Apa yg UMNO dapat? Dapat DAP sebagai kawan.

  2. Zahid Hamidi adalah anak didik Anwar Ibrahim so tidak hairan la..
    Itu sebab kenapa masa PAU lepas banyak bahagian yg tidak sokong Zahid tetapi kerana Duit semua itu tolak tepi

  3. Zahid, tutup sahaja lah mulut anda dan duduk diam2. Apa saja yg keluar dari mulut anda itu hanyalah bersifat sampah semata-mata.

Comments are closed.