Foto Instagram Shuib.

KUALA LUMPUR – Pelawak Shuib terus mencuri tumpuan di media sosial selepas dia dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung aktiviti penggubahan wang haram atau Macau Scam pada minggu lalu.

Selepas foto kereta-kereta mewah miliknya yang kini viral dipercayai disita SPRM, kini muncul pula foto-foto Shuib yang pernah memakai koleksi jam tangan mewah yang didakwa netizen harga produk itu mencecah jutaan ringgit.

Daripada beberapa foto yang tersebar, Shuib dipercayai memakai jam tangan jenama mewah termasuk Rolex, Audemars Piguet dan Richard Mille.

Fakta yang ditemui menunjukkan harga seutas jam mewah itu dianggarkan sekitar RM60,000 hingga RM4 juta berdasarkan harga pasaran yang asli.

Bulan lalu, Shuib turut menghadiahkan jam tangan mewah jenama Rolex berharga ribuan ringgit kepada Siti Sarah sempena ulang tahun kelahiran isternya yang ke-36.

Minggu lalu, media melaporkan pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal adalah antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.

Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas dijemput di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi.

Syarikat pengurusan Shuib Sepahtu turut mengesahkan pelakon dan pelawak itu memberi keterangan kepada SPRM.

Namun Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, hanya Shuib memberi keterangan kepada SPRM manakala isterinya, Siti Sarah sekadar menemani suaminya.

Siasatan kes berkenaan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. orang lain ada jugak yg kaya
    berpuluh tahun nk senang
    cepat nya kau syuib
    semoga kau sedar drp menunjuk nunjuk

Comments are closed.