Pellistri

LONDON – Spekulasi mengenai masa depan pemain sayap muda, Facundo Pellistri bersama skuad Manchester United akhirnya terjawab.

Pemain berbakat dari Uruguay disahkn akan tersenarai dalam pasukan utama United pada musim ini.

Hal itu telah didedahkan oleh naib presiden bekas kelabnya, Penarol iaitu Rodolfo Cantino.

“Pellistri akan masuk ke pasukan utama,” tegas Cantino.

Dia mendedahkan United serius ingin menggunakan khidmat Pellistri walaupun pihaknya telah berusaha meminjamnya kembali namun ditolak kelab itu.

Cantino juga memberi jaminan Pellistri tidak akan menjadi pemain pelapis di United.

Pada hari terakhir jendela pasaran perpindahan, United telah melakukan langkah secara mengejut dengan mendapatkan Pellistri.

Namun, ramai yang tertanya-tanya mengenai peranan Pellistri di Old Trafford dan tidak mempunyai pengalaman di Eropah.

Ramai beranggapan dia akan memasuki pasukan junior terlebih dahulu -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast