Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tetap dengan keputusan Majlis Tertinggi parti itu yang menolak sebarang kerjasama dengan DAP dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Prinsip tersebut sekali lagi diulangi oleh ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Tegasnya, fokus sayap UMNO itu ketika ini adalah untuk memastikan agenda membantu rakyat dilaksanakan dengan baik terutama ketika menangani pandemik Covid-19 dan kemelut ekonomi.

“Fokus ketika ini seharusnya untuk memastikan agenda membantu rakyat diutamakan dalam menangani pandemik Covid-19 dan kemelut ekonomi yang meresahkan dan menghimpit semua lapisan masyarakat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Anwar beberapa hari lalu memaklumkan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menghadap baginda pada Selasa ini bagi mempersembahkan nama-nama Ahli Parlimen yang menyokong beliau.

Pada akhir bulan lepas, Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam satu sidang media mengumumkan telah mempunyai cukup majoriti untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional dan seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan baharu.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Terima kasih kerana masih berfikiran waras. Sila mulakan gerakan utk singkirkan presiden anda. Ternyata dia tidak berkelayakan untuk duduk di kerusi presiden.

Comments are closed.