Francesco Totti (kiri) kehilangan ayahnya, Enzo.

ROME – Legenda Roma, Francesco Totti kehilangan ayahnya, Enzo yang meninggal dunia kerana Covid-19.

Enzo Totti, 76, meninggal dunia di Hospital Lazzaro Spallanzani.

Mendiang meninggalkan isterinya, Fiorella dan dua anaknya, Riccardo dan Francesco serta tiga orang cucu, Chanel, Cristian dan Isabel.

Kelab Roma kemudiannya memuat naik ciapan di Twitter sebagai tanda simpati.

“Kami mengucapkan takziah kepada Fiorella, Francesco, Riccardo serta seluruh keluarga awak.”

Enzo merupakan antara pesakit paling berisiko kepada Covid-19 terutama selepas dia pernah terkena serangan jantung beberapa tahun lalu.

Sepanjang karier Francesco, Enzo merupakan penyokong setia anaknya dengan menghadiri hampir semua perlawanan termasuk di tempat lawan serta turut menghadiri sesi latihan. – MalaysiaGazette