Azhar Azizan Harun.

KUALA LUMPUR – Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat  menerima sebanyak 30 usul daripada 25 Ahli Parlimen sehingga petang tadi.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, kesemua usul yang dikemukakan itu akan diteliti dan dipertimbangkan mengikut Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Sesi sidang mesyuarat kali ini telah dimaklumkan melalui satu pemberitahuan oleh Setiausaha Dewan Rakyat kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat bertarikh 2 Oktober 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat akan berlangsung selama 27 hari mulai 2 November hingga 15 Disember ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast