Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan keluar dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur selepas selesai memberi keterangan kepada polis. foto AFIQ HAMBALI, 16 OKTOBER 2020

KUALA LUMPUR – Kes liwat merupakan antara enam kertas siasatan yang dikemukakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau memberi keterangan di Bukit Aman hari ini.

Presiden PKR itu menyifatkan isu itu sengaja dimainkan untuk memberi tekanan kepada beliau.

“Ada juga ditanya (kes liwat) tetapi ini biasa dan soalan pun longgar.

“Dan ini satu rencana politik untuk menekan saya saat saat seperti ini (guna kes liwat),” katanya selepas memberi keterangan selama dua jam bermula 3 petang di Bukit Aman,

Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 atas dakwaan menimbulkan kegentaran awam.

Beliau juga disiasat bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan dakwaan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast