Chico  Rodrigues. foto SMCP

BRASILIA – Seorang Senator dalam Kerajaan Presiden Jair Bolsonaro melepaskan jawatannya selepas polis yang mengeledah kediamannya menemui sejumlah wang tunai di dalam seluar dalam beliau.

Operasi yang dijalankan itu bagi menyiasat kecurian dana Covid-19 dan Senator Chico  Rodrigues merupakan antara seorang yang disiasat.

Rodrigues antara individu yang disiasat berhubung penyalahgunaan wang berjumlah jumlah 20 juta reais (AS $3.5 juta), kata Kementerian Komunikasi Brazil dalam satu kenyataan pada hari Khamis.

Susulan penemuan wang tunai itu, Rodrigues melepaskan jawatan sebagai timbalan Bolsonaro di Senat.

Akhbar utama tempatan termasuk Folha de S. Paulo dan Estado de S. Paulo melaporkan polis menemui 100,000 reais (AS$ 17,836) di rumah Rodrigues pada hari Rabu, dengan 30,000 reais (AS$ 5,346) di dalam seluar dalam yang dipakai oleh Rodrigues pada waktu itu.

Sebahagian daripadanya ditemui pada punggung Rodrigues.

“Rumah saya diceroboh kerana saya telah melakukan tugas sebagai penggubal undang-undang, mendapatkan sumber untuk negara untuk memerangi Covid-19,” kata Rodrigues dalam satu kenyataan.

Beliau yang percaya pada keadilan, berikrar akan membuktikan tidak terlibat dan tiada kaitan dengan kegiatan haram.

Setakat ini polis enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Bolsonaro ketika memenangi jawatan Presiden Brazil berikrar akan menangani jenayah dan rasuah, namun dedikasinya untuk memerangi jenayah telah menimbulkan keraguan setelah menteri undang-undang, Sergio Moro, mengundurkan diri pada awal tahun ini selepas menuduh Bolsonaro berusaha untuk campur tangan dalam polisi persekutuan.

Anak lelaki Bolsonaro yang juga seorang anggota Parlimen turut disiasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast