Temubual Eksklusif bersama Bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak di Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor antara penyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya umum ke-14  lalu.

Disebabkan itu, beliau meminta isterinya untuk lebih banyak duduk di rumah dan tidak terlalu menonjol di khalayak awam bagi mengelak orang ramai tersalah tafsir.

“Saya tidak menafikan ianya sebagai salah satu faktor.
“Saya sudah sedar sekarang dan disebabkan itulah, sejak kita kalah dulu, saya sudah minta isteri duduk dalam keadaan low-profile.

“(Duduk) diam di rumah dan menjaga cucu. Biar saya turun ke medan untuk berkhidmat kerana saya tidak mahu orang salah tafsir.

“Soal tafsiran itu tepat atau tidak tepat, itu soal lain tetapi berbalik kepada politik, ia adalah soal persepsi.

“Jika persepsi dia sudah macam itu, apa kita cakap pun mereka tidak akan menerima jadi lebih baik isteri saya tinggal di rumah sahaja,” katanya semasa ditemubual dalam program OwhMG terbitan Malaysia Gazette.

Beliau menjawab dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan Najib tidak mampu mengawal isterinya sehingga orang benci kepada beliau dan UMNO.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Harap2 DSN kekal status quo mcm ni. Jgn jd mcm zahid hamidi. Org xnak pun masih nak kejar jd ketua. Padahal ada kes besar tgh berjalan. Antara punca rakyat yg pentingkan pemimpin bersih mcm aku ni akan tolak UMNO lagi lepas ni.

Comments are closed.