Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) terpaksa dihenti tugas separa untuk kerja-kerja pembaikan.

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) terpaksa dihenti tugas separa untuk kerja-kerja pembaikan.

Ia ekoran paip air yang menyalurkan bekalan air terawat mengalami kebocoran dan kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya pukul 8 pagi esok.

Dalam pada itu, bekalan air akan ditutup pada jam 9 malam ini dan akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 686 kawasan di Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor.

Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat setelah kerja-kerja pembaikan siap dan sistem rawatan air di loji beroperasi seperti biasa pada jam 2 petang esok.

“Para pengguna disarankan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan bekalan air dan menggunakan air secara berhemat,” kata Air Selangor dalam satu kenyataan hari ini.

SENARAI KAWASAN TERLIBAT

WILAYAH PETALING

Kg Desa Aman

Subang Permai

Seksyen 14, PJ

Taman Suria

Taman Bukit Subang

Seksyen 16, PJ

Sebahagian Kubu Gajah ( Jalan Gajah Utama, Jalan Gajah 10-24)

SS1

Kg Sg Kayu ARA

Paya Jaras (Hilir, Tengah, Dalam, Luar, Hulu)

SS2

KLGCC

Merbau Indah

SS3

UM

Ladang Baru Kuang

SS4

Bandar Utama

Subang Hijauan

SS9A

Kg Sg Kayu ARA

Subang Suria

Seksyen 20, PJ

SS23

Sg. Plong

Seksyen 21, PJ

SS24

Desa Moccis

Seksyen 22, PJ

SS25

PJU 5, Kota Damansara

SS20

SS26

PJU 3 Damansara

SS21

PJU 1, Kg Cempaka

Seksyen 4, Kota Damansara

SS22

Taman Bukit Mayang Mas

Seksyen 5, Kota Damansara

Seksyen 17, PJ

Taman Sunway Mas

Seksyen 6, Kota Damansara

Seksyen 19. PJ

Aman Suria

Seksyen 10, Kota Damansara

KGPA

Damansara Lagenda

Seksyen 11, Kota Damansara

Kelab Menembak Subang

Damansara Idaman

Seksyen 3, Kota Damansara

Kg Padang Tembak, Tropicana

U2 TTDI Jaya

Jalan Teknologi, Kota Damansara

Tropicana Golf & Country Club

Saujana Indah Industri

Seksyen 7, Kota Damansara

PJU7, Mutiara Damansara

TUDM

Seksyen 8, Kota Damansara

PJU8, Damansara Perdana

Jalan Riyal U3 Industri

Seksyen 9, Kota Damansara

Taman Tun Dr Ismail, TTDI

Laman Glenmarie

U5, Subang Bestari

Kg. Sg Penchala

Prima U1

Subang Murni, U5

Kg Bukit Lanjan

Unitar U1/14

Mahsing, U5

Pinggiran TTDI

Taman Glenmarie/Ladang Glenmarie

Kg. Melayu Subang Tambahan

Eastin Hotel

Taman Mesra

Kg. Melayu Subang

Phileo Damansara, KL

Taman Bukit Subang

Taman Industri Sg Buloh (TSB Kota Damansara)

Paradigm Mall

Taman Impian Indah

Elmina

(Kolam Air Ara Damansara) PJU 1A, Ara Damansara

Taman Matang Jaya

Kg. Baru Subang

Icon City

Kg. Melayu Sg. Buloh

U6, Subang Permata

SS5

Bandar Baru Sg. Buloh Fasa 1&2

Subang Perdana U3

SS6

Bukit Rahman Putra

Bandar Pinggiran Subang U5

SS7

Kg. Permatang Pagar

Kg Orkid

SS8 (FTZ)

Taman Sri Putra

Kayangan Height

Seksyen 11, PJ

Taman Sri Putra Mas

Monterez

Seksyen 12, PJ

Taman Saujana Akasia

Pusat Perdagangan Subang Permai

Seksyen 13, PJ.- MalaysiaGazette