Mohd Redzuan Md. Yusof

KUALA LUMPUR – Permasalahan yang berlaku dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini tidak perlu kepada memaksa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merombak Kabinet bagi memuaskan hati sesetengah rakan dalam gabungan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof berpendapat, segala permasalahan yang berlaku wajar diselesaikan secara kekeluargaan melalui perundingan.

“Nak rombak Kabinet hanya semata-mata nak puaskan hati sesetengah pihak? Saya rasa tidak perlu. Jika ada apa-apa masalah, kita selesai melalui perundingan secara kekeluargaan.

“Lagi pun, barisan anggota Kabinet sekarang mampu menjalankan tanggungjawab mentadbir negara dengan baik, apatah lagi dalam keadaan kerajaan dan rakyat sedang bergelut dengan pandemik Covid-19 yang makin meningkat ini,” katanya kepada media pada majlis ramah mesra bersama 100 pengamal media di Air Keroh, Melaka malam tadi.

Mohd Redzuan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata, beliau yakin dan percaya rakyat menyokong Kabinet sekarang kerana Jemaah Menteri yang mampu berfungsi dengan baik.

Beliau juga percaya Muhyiddin dapat menangani kemelut yang berlaku itu dengan baik dan dalam suasana persahabatan yang akrab. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.