Foto Skysports.

LONDON – Penyerang Manchester City, Sergio Aguero dikritik selepas didakwa memegang bahu penjaga garisan wanita, Sian Massey-Ellis ketika aksi menentang Arsenal semalam.

Aguero dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan lontaran ke dalam yang diberikan kepada pasukan lawan ketika insiden terbabit.

Pembantu pengadil itu kemudiannya menepis tindakan Aguero.

Berdasarkan peraturan baharu 2016, pemain boleh dilayangkan kad merah atau kuning bergantung kepada tahap kesalahan jika sebarang kontak fizikal dengan pengadil atau pembantunya.

Namun Aguero tidak dikenakan hukuman serta-merta yang mengundang kritikan peminat bola sepak.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola pula menyebelahi Aguero dengan mengatakan pemain itu paling baik pernah ditemuinya.

“Cari masalah dalam situasi lain dan bukan yang ini. Kami gembira dia kembali bersama kami,” katanya. – MalaysiaGazette