KUALA LUMPUR – Penampilan terbaharu selebriti terkenal, Neelofa yang kini berniqab terus mencuri perhatian di media sosial.

Neelofa yang berusia 31 tahun memuatnaik gambar penampilan yang santai namun elegan walaupun dalam keadaan berpurdah itu.

“Minggu baharu, peluang baharu, minda baharu,” tulis di hantaran Facebook miliknya.

Minggu lalu,Neelofa mengesahkan beliau berniqab selepas memuat naik foto dengan penampilan terbaru di Instagram.

Dia memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tahniah lofa, semuga Allah beri kesabaran untuk meninggalkan maksiat dan beri kekuatan untuk istiqamah dalam melakukan ibadah

Comments are closed.