Asbestos sebuah bandar perlombongan di Quebec akan digantikan dengan nama baharu Val-des-Sources. foto Guardian
QUEBEC – Asbestos, sebuah bandar kecil di Kanada telah ditukar kepada nama baharu, Val-des-Sources.
Perubahan itu dilakukan selepas kira-kira 7,000 penduduknya mengundi untuk nama baharu.
Dahulu, bandar ini pernah menjadi lokasi lombong asbestos terbesar di dunia.
Bandar ini diberi nama Asbestos – warisan nama Inggeris untuk mineral dan bukannya amiante dalam bahasa Perancis pada akhir abad ke-19.
Tetapi majlis perbandaran bandar itu mendakwa konotasi tersebut menghalang kemampuannya untuk menarik pelaburan asing, lantaran itu mengumumkan pada bulan November tahun lalu untuk mendapatkan nama baharu.
Bandar itu terletak kira-kira 150 km (95 batu) timur Montreal, akhirnya mengumumkan nama baharu.
Nama itu dipilih selepas konsultasi yang panjang dan diundi oleh penduduk-penduduknya termasuk anak remaja seawal 14 tahun.
Hampir separuh penduduk bandar itu yang layak telah mengundi dan nama Val-des-Sources mendapat 51% undi.
“Nama ‘di atas akan memberi inspirasi untuk masa depan’,  kata Datuk Bandar, Hugues Grimard.
Beberapa nama lain turut disenaraikan dalam pemilihan menggantikan Asbestos – ia termasuk L’Azur-des-Cantons, Jeffrey-sur-le-Lac, Larochelle, Phénix and Trois-Lacs.
Perubahan papan-papan tanda di bandar itu tidak akan dilakukan  serta-merta kepada nama baharu, kata Grimard kerana ia mungkin mengambil sehingga akhir tahun untuk perubahan itu dilaksanakan secara formal. – MalaysiaGazette