Muhyiddin mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini untuk mesyuarat pra-Kabinet.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi ini.

Beliau tiba di Istana Negeri kira-kira jam 7.45 pagi tadi mengadap baginda untuk mesyuarat Pra-Kabinet.

“Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara pagi ini.

“Sesi hari ini berlangsung selama satu jam bermula 8 pagi,” kata kenyataan dalam akaun Facebook rasmi Istana Negara.

Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Yang di-Pertuan Agong untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu berkaitan kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.