Gambar Hiasan. foto HAZROL ZAINAL, 19 MAC 2020.

KUALAUMPUR – Perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan terus beroperasi daripada pukul 6 pagi hingga tengah malam.

Bagaimanapun kekerapan akan disesuaikan mengikut permintaan semasa selaras dengan pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang diumumkan kerajaan.

”Operasi ini meliputi perkhidmatan rel urban LRT, MRT dan monorel; serta perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL dan bas perantara Jom Naik MRT,” menurut satu kenyataan Prasarana hari ini.

Syarikat, katanya, akan memantau dengan rapi dengan keadaan aliran penumpang esok dan mengimbangi kapasiti dan permintaan semasa dalam menentukan kekerapan tren dan bas untuk esok dan hari-hari berikutnya.

”Prasarana akan mengeluarkan kenyataan media susulan Jumaat ini bagi memaklumkan maklumat terkini berdasarkan aliran penumpang pada hari esok,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast