Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

KUALA LUMPUR – Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dirampas polis untuk membantu siasatan dakwaan gangguan seksual dilakukan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh terhadap seorang kakitangan wanita sebuah hotel Melaka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Justeru katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita telah memanggil beberapa saksi dalam kes ini dan telah merakam keterangan mereka bagi membantu siasatan.

“Kita juga berjaya merampas rakaman CCTV yang ada di lokasi kejadian selain sedang bekerjasama rapat dengan SKMM untuk menjejaki alamat mereka yang bertanggungjawab menyebarkan posting facebook itu mengenai tuduhan seksual itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sebelum itu, Ab Rauf yang merupakan Pengerusi UMNO Melaka didakwa cuba merogol seorang kakitangan wanita sebuah hotel di Ayer Keroh Melaka pada 2 Oktober lalu.

Malah mangsa berkenaan dilaporkan telah membuat adua di Balai Polis Air Keroh Melaka sebagai menafikan penyebaran fitnah itu.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Fitnah dirogol Speaker DUN Melaka, mangsa buat laporan polis

4 Komen

  1. baca biar abis dulu bahlol,
    kalau perkara nie betul,xkn la mangsa buat report utk hentikan berita nie atau fitnah nie,
    kalau betul perkara nie berlaku,mesti mangsa dah buat report atas sbb diganggu secara seksual,
    xkn tu pun xleh pikir,bodoh betul la penyokong2 semburit nie

Comments are closed.