Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bercakap ketika sidang media perkembangan terkini COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 22 OKTOBER 2020

PUTRAJAYA – Seramai 1,257 pelajar sekolah rendah dan menengah dijangkiti Covid-19 ekoran penularan gelombang ketiga wabak itu di negara ini,

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat dua kategori pesakit iaitu antara umur 7 hingga 12 tahun dan 13 hingga 17 tahun.

“Gelombang ketiga penularan Covid-19 dari 20 September hingga 21 Oktober lalu, seramai 587 pelajar berusia7 hingga 12 tahun dijangkiti Covid-19 dan 670 kes bagi pelajar berusia 13 hingga 18 tahun.

“Bagaimanapun, bagi Februari hingga 21 Oktober kes positif sejumlah 830 kes direkodkan bagi pelajar berusia 7 hingga 13 tahun dan 1,315 kes bagi pelajar berusia 13 hingga 18 tahun,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata 12 buah sekolah terkesan dengan penularan Covid-19.

“Negeri Sembilan ada tiga buah sekolah ditutup kerana berkaitan dengan Kluster Cahaya, Sophie dan Bah Manggis.

“Johor tiga buah sekolah melibatkan dua kluster iaitu Kluster Simera dan Rinting.

“Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dua buah melibatkan Kluster Pantai dan Kluster Long. Sementara masing-masing satu di Pulau Pinang (Kluster Alma), Putrajaya (Kluster Selasih), dan Sarawak (Kluster Bah Arnab),” katanya lagi. – MalaysiaGazette