Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada FELDA United FC dan UKM FC lulus proses penswastaan dijangka diumum Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) minggu depan.

BH Online melaporkan, sumbernya memberitahu, badan induk itu sudah meneliti dokumen tambahan yang di hantar pasukan terbabit sebelum ini.

“Tunggu kenyataan dan pengumuman rasmi mengenai perkara itu, mungkin akan dibuat pada Isnin ini,” katanya seperti dilaporkan.

FELDA United dan UKM sebelum ini dilapor sudah menemukakan dokumen bagi proses penswastaan mengikut tempoh yang diberikan oleh FAM iaitu sebelum atau pada 31 September lalu.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM kurang berpuas hati dengan dokumen yang diserahkan pasukan terbabit dan memohon mereka mengemukakan penjelasan atau dokumen tambahan.

Antara perkara yang FAM minta kepada FELDA United adalah penjelasan status penyertaan pasukan itu selepas mereka dikatakan akan menarik diri daripada Liga Malaysia (Liga M) bermula musim depan.

Namun, berdasarkan perkembangan terbaharu skuad itu dijangka terus kekal bersaing dalam Liga M musim depan selepas syarikat The Fighters Sdn Bhd dilaporkan sudah mendapat pelabur atau pemilik baharu.

Bagi UKM FC pula, pelantikan jurulatih mereka, Sulaiman Hussin sebagai pemilik kelab itu menjadi antara perkara yang diminta penjelasan oleh FAM.

Berdasarkan laporan sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM, Mohd Firdaus Mohamed memberi bayangan dua pasukan itu mungkin tidak berdepan masalah untuk lulus proses penswastaan. – MalaysiaGazette