Peguam, Datuk Shaharudin Ali.

KUALA LUMPUR – Peguam, Datuk Shaharudin Ali menimbulkan persoalan sama ada langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) memulakan proses darurat dilihat bercanggah dengan Seksyen 124 (B), Kanun Kesesakan.

Menurutnya, dalam Seksyen 124 (B), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, SOSMA ada menyebut sesiapa sahaja yang boleh memudaratkan demokrasi berparlimen boleh dihukum disisi undang-undang.

“(Seksyen) 124B menyebut siapa pun dengan setiap cara, secara langsung atau tidak langsung melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen hendaklah dihukum,” jelasnya di Twitter beliau hari ini.

Terdapat dua seksyen dalam Kanun Keseksaan yang memperuntukkan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang didapati cuba untuk memudaratkan sistem demokrasi negara.

Beliau berkata, Seksyen 124B menyatakan: “Barang siapa, dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun.”

Manakala Seksyen 124C pula, katanya: ”Barang siapa yang cuba melakukan suatu aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 15 tahun”.

Seksyen 124 Kanun Keseksaan ialah kesalahan keganasan yang boleh disiasat menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Kenyataan Shaharudin itu merujuk kepada langkah kerajaan PN yang dilaporkan setuju dengan pelaksanaan darurat atas dasar menangani penularan Covid-19.

Keputusan itu dicapai jemaah Kabinet dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan ketika Muhyiddin berdepan desakan daripada luar dan dalam.

Ekoran itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengambil pendekatan untuk berbincang dengan Raja-raja Melayu berhubung cadangan yang disampaikan Muhyiddin Yassin dalam satu pertemuan di Kuantan, semalam. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Peguam nk jadi hero sudah…peguam bukn tahu sgt pun pasa pelembagaan, so aku hnya pcaya kpd pakar pelembagaan shja..selain yg bukn pakar tak plu nk byk ckp..ko pguam hnya cari duit hasil drpd kes yg ko meng je..betul or slh kes tu. Ko tak kesah kn…yg ptg ko bela je org yg betul2 buat jahat..kesian org yg tidak bersalah di hukum.

Comments are closed.