Tapak lombong arang batu Pasta de Conchos selepas tragedi letupan pada tahun 2006. foto Agensi

MEXICO CITY – Kerajaan Mexico akan memulakan operasi mencari mayat puluhan pelombong arang batu yang terbunuh lebih dari satu dekad yang lalu dalam salah satu bencana perlombongan terburuk di negara ini pada awal tahun depan.

Dalam tragedi itu, hanya dua mayat yang berjaya ditemui selepas letupan di lombong Pasta de Conchos di utara negeri Coahuila berlaku pada tahun 2006.

Seramai 65 mangsa, yang kesemuanya lelaki terbunuh.

Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador telah berjanji untuk mencari mayat mangsa yang lain.

Penggalian awal lombong akan dimulakan pada September 2021 setelah analisis tanah bawah tanah, kata Manuel Bartlett, Ketua Suruhanjaya Elektrik CFE yang mengendalikan usaha tersebut.

“Kami yakin bahawa permulaan operasi mencari itu akan dilakukan pada suku pertama 2022 dan berakhir pada bulan Ogos 2024,” kata Bartlett.

Lopez Obrador, yang bercakap pada acara yang sama, mengatakan beliau akan mendesak proses itu berjalan secepat mungkin sambil tetap dalam keadaan selamat untuk para penyelamat dan akan memberikan ganti rugi kepada keluarga mangsa.

Grupo Mexico, yang mengendalikan lombong, berkata, tragedi itu adalah kemalangan yang tidak dijangkakan dan telah memindahkan hak konsesi kawasan itu kepada kerajaan awal tahun ini. – MalaysiaGazette