Kylian Mbappe mengalami keretakan buku lali selepas diterjah keras oleh pemain Saint Etienne pada final Piala Perancis Jumaat lalu.

PARIS – Ligue 1 dikejutkan dengan pandemik Covid-19 yang menyaksikan 11 pemain Lens didapati dijangkiti virus itu.

Ia menyebabkan perlawanan tuan rumah dan Nantes yang sepatutnya berlangsung malam ini terpaksa ditunda.

Penganjur liga berkata, seramai 11 daripada senarai 30 pemain Lens positif Covid-19 dan terpaksa menunda perlawanan ke tarikh lain.

Lens tidak mengesahkan identiti pemain-pemain terbabit, tetapi media tempatan melaporkan dua kakitangan, termasuk jurulatih, Franck Haise positif Covid-19.

Sementara itu, juara bertahan Paris Saint-Germain menewaskan Dijon 4-0 untuk melonjak ke kedudukan teratas Ligue 1 selepas Moise Kean dan Kylian Mbappe masing-masing meledak dua gol.

Marseille pula menewaskan Lorient 1-0 hasil jaringan pertahanan Argentina Leonardo Balerdi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast