Industri pos dan kurier di negara ini diharap terus berdaya mahu supaya rakyat dapat menerima perkhidmatan berkualiti, kata Suruhanjaya Komunikasi Multi Media.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) membekukan (moratorium) pemberian  lesen baharu perkhidmatan kurier selama dua tahu sehingga 15 September 2022.

SKMM dalam kenyataan memaklumkan berkenaan dibuat menerusi kuasa di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012, bagi memberi laluan kerajaan bersama indusri pos dan kurier untuk membuat perancangan baharu bagi memperkukuhkan sektor berkenaan yang berhadapan dengan cabaran akibat perubahan teknologi dan tren pasaran.

“Semasa tempoh moratorium berkuatkuasa, SKMM tidak akan menerima permohonan lesen baharu semua kategori untuk menjalankan perkhidmatan kurier. Permohonan yang diterima sebelum tarikh kuatkuasa moratorium dan sedia ada akan diproses untuk kelulusan,” kata kenyataan berkenaan hari ini.

Tambahnya, langkah juga sejajar dengan gesaan rasmi yang dihantar oleh Persatuan Syarikat Penghantar Ekspress Malaysia (AMEC) sejak Ogos yang lalu,” kata kenyataan berkenaan.

Setakat Oktober 2020, sebanyak 109 pemegang lesen perkhidmatan kurier pelbagai ktegori beroperasi di seluruh negara.

Proses merangka pelan tindakan baharu akan dilaksanakan menerusi penganjuran Makmal Industri Pos dan Kurier Negara Negara (NPCIL) yang bakal berlangsung selama tiga minggi bermula 2 hingga 22 November.

Walau bagaimanapun penganjuran berkenaan tertakluk dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh kerajaan.

“Apabila siap laporan penuh yang mengandungi cadangan pelan tindakan bagi menyokong aspirasi pembangunan strategik industri pos dan kurier baharu itu akan dimuatnaik di laman sesawan SKMM untuk rujukan semua,” katanya lagi.

Untuk rekod, kajian terakhir mengenai industri pos dan kurier dilakukan pada tahun 2009.-MalaysiaGazette