Najib Tun Razak

DATUK Seri Najib Tun Razak sudah jelaskan apa yang berlaku pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam tadi (26 Oktober 2020).

Beliau kata, kerjasama dengan Anwar Ibrahim tanpa DAP itu hanya sekadar cadangan, bukan keputusan. Bila ada cadangan, itu tugas ahli jawatankuasa untuk berbincang cari kata putus.

Kata putus pada mesyuarat itu ialah MT sepakat menolak cadangan itu. Bila keputusan dah dibuat, maka selesailah di situ.

Tetapi, lain pula berlaku di luar. Bila perkara itu sampai ke telinga di luar sana, lain pula jadinya. Najib dituduh mahu bekerjasama dengan Presiden PKR. Najib dikatakan tikam kawan-kawan dalam parti. Macam-macam tuduhan dan gelaran dilontarkan kepada Najib.

Maka portal-portal mesra pembangkang pun ambil kesempatan untuk menghangatkan situasi. Inilah masanya nak memburuk-burukkan nama Najib. Rakyat pasti akan percaya dengan laporan-laporan berbaur fitnah ini.

Tidak sampai 12 jam selepas mesyuarat MT selesai, sudah heboh seantero Malaysia mendakwa Najib tolak kerajaan Perikatan Nasional (PN), Najib nak naikkan Anwar sebagai Perdana Menteri dan bentuk kerajaan baharu.

Ramai mengiyakan dan amat sedikit menafikan laporan itu. Tiba-tiba nama Najib menjadi bualan. Bukan perkara kebaikan, tetapi keburukan. Peliknya, yang dalam partinya sendiri pun percaya dengan berita itu.

Terpaksalah Najib luangkan masa memperbetulkan keadaan. Menceritakan semula dari A sampai Z apa yang berlaku pada mesyuarat itu dan berhubung cadangan-cadangannya untuk dibincangkan.

Namun, sebaran cerita sebenar dari mulut Najib tidaklah sepantas sebaran fitnah dari portal pro-pembangkang atau dari mulut orang parti sendiri. Terpaksalah Najib akur dengan perkara itu.

Yang penting Najib sudah menjelaskan hal sebenar, supaya orang ramai atau netizen dapat hadam dan tapis semula yang telah mereka telan itu.

Kata Najib, dalam mesyuarat malam tadi, dia kemukakan tiga cadangan. Pertama, kerjasama bersyarat UMNO dengan Anwar tanpa DAP sehingga PRU 15 diadakan.

Cadangan kedua, adakan PRU 15 pada suatu tarikh yang tetap pada masa depan selepas pandemik Covid-19 terkawal.

Cadangan ketiga pula, UMNO teruskan kerjasama dengan PN dengan syarat UMNO diberikan lebih peranan dalam kerajaan untuk menentukan halatuju ekonomi.

Selepas tiga cadangan itu dikemukakan, terserah kepada MT yang hadir mesyuarat untuk bincang dan capai kata putus. Kalau setuju kata setuju, kalau tidak setuju kata tidak setuju.

Cadangan yang tidak setuju dikira habis di situ, tutup buku. Bukan dijadikan isu atau point untuk menghangatkan keadaan. Nama lagi cadangan. Dan cadangan pula bukan bersifat arahan atau perintah atau keputusan.

Kerana ramai yang bebal dengan maksud cadangan ini, maka ia menjadi isu. Maka, betullah kata Najib, buat apa adakan mesyuarat kalau tidak ada cadangan. Selalunya dengan cadangan itulah ahli-ahli mesyuarat bermesyuarat.

Cadangan yang dicapai kata sepakat untuk bersetuju baru dinamakan keputusan. Selagi ditolak, ia hanya sekadar cadangan yang tidak lagi digunapakai. Umpama wang kertas yang koyak rabak, hancur sehingga hilang nombor sirinya. Tidak bernilai lagi.

Tetapi perangai manusia, tidak seronok kalau tidak diapi-apikan. Hilang seri berpolitik kalau keluar mesyuarat tidak ada benda nak dihebohkan kepada media. Maka, jalan terbaik perbesarkan cadangan yang sudah tidak digunapakaikan lagi itu kepada media.

Media yang mereka pilih pula yang mesra pembangkang. Baru ada umphh!, Kalau setakat beri maklumat kepada media arus perdana, berita itu tidak ke mana. Tidak hangat.

Sehari semalam Najib dimaki hamun, dicerca, dikeji dan dihina dengan pelbagai tuduhan, hanya kerana cadangan yang tidak digunapakai oleh MT itu diperbesarkan.

Namun, dia masih tenang. Dia masih mampu tersenyum, walaupun dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

Bab bekerjasama dengan Anwar ini bukan Najib seorang. Sebelum ini pun Tun Dr. Mahathir Mohamad bekerjasama dengan Anwar. Muhyiddin bekerjasama dengan Anwar. Azmin Ali bekerjasama dengan Anwar. Pas pun bekerjasama dengan Anwar. Tetapi tidak bising.

Tidak pula portal mesra pembangkang memperbesarkan isu kerjasama pemimpin dari Bersatu dan Pas itu bekerjasama dengan Anwar. Najib juga yang mereka pilih untuk direbahkan.

Kalau direbahkan musuh politik, itu biasa, tetapi Najib direbahkan oleh orang-orangnya sendiri. Orang-orang yang bertindak bukan dari arahan, tapi dari mata hati mereka yang buta.

Mereka tidak pernah mahu ambil pengajaran dari apa yang berlaku kepada parti mereka selepas PRU 14. Mereka tidak nampak kifarah yang menimpa parti mereka. Masih juga mahu berseronok dengan tikam menikam sesama sendiri. – MalaysiaGazette

12 Komen

  1. Disini lah keburukan teknologi canggih, bila ujud hasad jahat maka ianya disalah guna untuk menabur fitnah. Semoga allah memberikan kesedaran pada mereka yg terlajak.

  2. Kenapa ramai sgt yg bncikn najib wpun dlm kalangan pemimpin2 UMNO sndiri…Ianya adalh kerana pemimpin2 berkenaan bercita2 tnggi dn bercita2 nk pegang jawatan no. 1 ttpi selagi ada najib, hsrat mereka mnjadi kabur kerana kelebihan dan kebijaksanaan najib jauh mngatasi mereka…

  3. Satu sisi kita kena puji Dsnr kerana kembalikan hak rakyat…
    Ini bukan perkara main2.
    Kerana menjadi kewajiban sesiapa yg beriman kepada Allah bahawa perbuatan [email protected] kawan dari belakang adalah perkara biadab.
    Sehinggalah Allah akan kumpulkan kaum pengkhianat ini bersama-sama orang fasiq.

    Satu sisi memang yg sokong Dsnr adalah orang2 yg salah.
    Kes 1mdb bukan perkara kecil.
    Diluar sana dah ramai yg terlibat.
    Dan segi perundangan Dsnr telah dapat dibuktikan oleh mahkamah.

    Apapun inilah dunia.
    Pembodek yg menuju jalan [email protected] memang ramai diakhir zaman ini.
    Termasuk lah ketua2 agama yg tahu akan hukum haram & halalnya

    Dimana kah Nas nya yg membenarkan khianat oleh kerajaan PN ?
    Nak juga dibaca dgn hujah Al-Quran & hadis.

  4. Masih laku lagi ke BN di mata rakyat dengan kerenah pemimpin umno yang cuba meruntuhkan permuafakatan PERIKATAN NASIONAL di bawah Tan Sri Muhyiddin Yasin..

  5. Sesuatu cadangan walaupun tk diterima pakai, ianya jelas pihak (najib) yg memberi cadangan itu dah tentu bersedia bersama anwar. Tapi bila parti tk terima cadangan dia tu, terpaksa la dia buat bodoh…
    Persoalannya kenapa perlu ada cadangan seperti itu keluaq dari mulut najib… ? Itu yg org ramai pertikai niat najib tu..

  6. Itu lah politik, yg buruk lh juga nak di besarkn..yg baik tak pula di heboh kn..mnusia2..pls lh..jgn hncurkn sama2 mlyu ya..skrg ni kita sama2 sepakat hncurkn musuh islam, bngsa n ngra, bkn cari musuh yg sama bngsa, sama agama dan sama ngra..udah2 lh wahai bngsa ku, udah2 lh wahai agama ku jatuh kn sama2 kita..jgn biarkn musuh kita duk ketawa dgn perbalahan kita ini..

  7. Politik merupakan 1001 alasan atau putar belit fakta untuk menghalalkan yg.haram menafikan kebenaran mengiakan kesalahan dan bermacam-macam tipu daya muslihat orang yg.bijaksana berpolitik.Master mind mereka selalunya berjaya.
    Bagi mereka yg.dengkil akal akan menjadi pak turut. Dan menjadi mangsa otak putar alam mereka. Itulah dunia politikus.

  8. Aik? Muhyiddin kerjasama dgn Anwar dulu2 sebelum pru. Bergelumang bersama DAP sampai buat mcm2 pada org Melayu sebelum ni, Tak de pulak masalah? Tetiba jek geng bunga jadi suci, apa citer kes Adib, TH WEI… Tetiba senyap da ni

Comments are closed.