Foto Instagram Tegar.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Indonesia, Tegar Septian, 19, dan isteri Sarah Sheilka, 23, menimang cahaya mata sulung lelaki selepas isteri Tegar selamat bersalin, baru-baru ini.

Berita gembira itu diumumkan penyanyi yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu menerusi Instagram Story.

Dia mengulang siar foto ucapan tahniah daripada sahabatnya yang memaparkan gambarnya tersenyum gembira di samping cahaya matanya yang masih belum diumumkan namanya.

Foto Instagram Tegar.

Tegar yang memulakan kariernya dalam bidang seni sebagai pemuzik jalanan mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada 20 Mac lalu.

Pada Mei lalu, Tegar mengesahkan isterinya hamil anak sulung selepas dua bulan mereka diijabkabulkan. – MalaysiaGazette