Saturday, April 27, 2024
Home Dunia Covid-19: Kes global cecah 45.3 juta kes

Covid-19: Kes global cecah 45.3 juta kes

Empat lokaliti yang sebelum ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditamatkan pelaksanaannya mulai jam 12.01 tengah malam ini.- Gambar hiasan.
NEW YORK – Jumlah kumulatif kes positif global bagi pandemik Covid-19 kini merekodkan angka 45.37 juta kes.
Jumlah itu berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih lagi muncul sebagai negara paling teruk dengan lebih sembilan juta kes.
Ia diikuti India dengan lapan juta kes manakala Brazil merekodkan lebih 5.4 juta kes.
Angka jangkitan di Rusia, Perancis, Sepanyol, Argentina dan Colombia pula melepasi satu juta kes.
Negara yang melepasi angka setengah juta ialah United Kingdom, Mexico, Peru, Afrika Selatan, Iran, Itali dan Iran.
Bagi jumlah 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan pula melibatkan Iraq, Indonesia, Bangladesh, Belgium, Ukraine, Filipina, Turki, Belanda, Arab Saudi, Poland dan Pakistan.
Dua puluh lagi negara merekodkan angka dalam lingkungan 100,000 hingga lebih 200,000 kes manakala bakinya merekodkan angka positif di bawah 100,000. – MalaysiaGazette