Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus memulakan proses perundingan Belanjawan 2021 dengan parti-parti pembangkang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perbincangan perlu merangkumi dasar kewangan untuk memastikan bahawa belanjawan memenuhi aspirasi Yang di-Pertuan Agong untuk mengatasi peningkatan terbaru jangkitan Covid-19 dan membantu ekonomi rakyat Malaysia.

“Tidak ada pihak yang dapat mempertikaikan bahawa lebih banyak dana harus diperuntukkan untuk barisan depan negara yang sedang memerangi gelombang ketiga jangkitan Covid-19 ini.

“Bagaimanapun, bantuan kewangan untuk membantu sektor ekonomi negara dapat membantu menyusun belanjawan perpaduan yang menyatukan semua rakyat Malaysia.

“Belanjawan perpaduan tersebut mesti dengan jelas dan tegas menyediakan perisai ekonomi COVID-19 berjumlah RM31.4 bilion untuk menyelamatkan pekerjaan dan mata pencarian serta perniagaan yang menghadapi penutupan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Guan Eng, penguncupan KDNK 17.1% pada suku kedua tahun ini berserta kenyataan oleh Menteri Sumber Manusia bahawa satu juta rakyat Malaysia dijangka menganggur menjelang September 2020 telah menunjukkan krisis ekonomi yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia golongan pekerja.

Perisai ekonomi Belanjawan Perpaduan 2021 akan menelan belanja RM31.4 bilion yang terdiri daripada langkah tiga serampang iaitu bantuan kebajikan bulanan RM1,000 termasuk kepada mereka yang menganggur, lanjutan automatik moratorium pembayaran balik pinjaman bank selama 6 bulan lagi serta insentif pengambilan pekerja untuk majikan dan pekerja, kata bekas Menteri Kewangan itu lagi.

“RM31.4 bilion ini tidak begitu besar berbanding dengan pakej RM305 bilion di bawah KitaPrihatin, yang nampaknya tidak memberikan impak yang diinginkan untuk menghidupkan semula ekonomi.

“Pertama di bawah perisai ekonomi belanjawan perpaduan, perlu ada perlaksanaan segera kenaikan bantuan kebajikan bulanan daripada RM200-300 kepada RM1,000 seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri pada 30 Ogos 2020 di Sandakan, yang akan menelan belanja RM12 bilion. Ini akan menyediakan jaringan keselamatan segera bagi pekerja yang menganggur,” katanya.

Kedua, menurut Guan Eng, lanjutan moratorium pembayaran balik pinjaman bank selama enam bulan lagi apabila ia tamat pada 30 September yang berjumlah RM6.4 bilion yang akan membantu lapan juta individu dan syarikat Malaysia.

Berbanding dengan lanjutan moratorium pinjaman bank dan bantuan bank bersasar selepas 30 September yang hanya membantu 1.4 juta peminjam.

“Ramai yang mengadu bahawa ini tidak memanfaatkan mereka, tetapi hanya menguntungkan institusi kewangan dengan sekadar memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman, dan justeru memerlukan pembayaran faedah yang lebih tinggi,” katanya.

Ketiga, menurut Guan Eng, insentif pengambilan pekerja untuk jangka masa dua tahun di bawah Malaysia Kerja iaitu RM500 sebulan kepada pekerja dan RM300 sebulan kepada majikan untuk mendorong mereka mengambil pekerja tempatan seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan dalam Belanjawan 2020.

“Pelebaran skim ini untuk merangkumi 600,000 pekerja Malaysia dan majikan mereka akan menelan belanja RM13 bilion. Ini juga akan membantu lebih 500,000 belia yang menganggur, yang merupakan sebahagian besar daripada kadar pengangguran 4.9 peratus.

“Untuk menyelamatkan dan mengeluarkan ekonomi kita daripada kemelesetan ekonomi sekarang, fokus kewangan kerajaan harus beralih daripada mengawal tahap hutang dan defisit fiskal negara, kepada meminjam lebih banyak wang.

“Obsesi untuk mengawal defisit negara untuk melindungi penarafan kredit negara perlu memberi laluan kepada strategi meminjam lebih banyak wang demi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian rakyat Malaysia,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Utk apa bincang dgn ko, ko lah ulyg rosak kn ngra slma 22 bulan, ada hati ko nk bincang dgn puak2 ko..tak plu kot bincang dgn puak2 ph, terutama puak2 dap kafir harbi ni..puak2 dap dajal punya..masa puak2 ko jadi krjaan pnh bincang dgn pihak lwan , tak ada kn..so ko tak pyh nk myibuk2 ya..

  2. Daripada menganggur, lebih baik kerja sawit dan di ladang. Justeru, tiada sebab warga tempatan malas, lebih-lebih lagi Melayu kebanyakannya petani, pesawah, dan nelayan sanggup membanting tulang empat kerat di bawah panas terik matahari.

  3. Menteri kewayangan buka suara…. Dulu lu ada sembang dengan pembangkang…. Inputs bajet pun kau tak terima jika ko rasa ada bau pembangkang. Teruk2 Najib, dia dengar inputs dari bangsa ko. Ko langsung bongkak. Pee dah

  4. Ni semua wayang cina sajaa laa. Konon prihatin rakyat. Klu bg kuasa saja, mula la agenda parti satu kaum depa. Hulur rm10 ringgit kat bangsa majoriti, heboh satu dunia konon prihatin. Padahal tangan sebelah lagi tarik rm100 utk agenda bangsa sendiri senyap senyap saja.

Comments are closed.