Dengan penggunaan mesin laser berteknologi tinggi yang tidak mempunyai kesan sampingan, rawatan itu ditawarkan pada harga serendah RM800.

KUALA LUMPUR – Wanita dan kecantikan tidak boleh dipisahkan kerana golongan itu mahu tampil menawan dengan wajah berseri, anjal dan memiliki bentuk muka runcing yang menjadi idaman mereka.

Apatah pengambilan makanan berlebihan bukan sahaja menaikkan berat badan malah pada masa sama menyebabkan bentuk wajah menjadi semakin melebar, mempunyai lemak berlebihan terutama di bahagian bawah dagu selain kulit kelihatan kusam.

Apabila muncul sahaja masalah ini, kebanyakan wanita mula runsing.

Kalau boleh semuanya mahu mendapatkan jalan penyelesaian pantas dan mudah bagi mengembalikan bentuk wajah sedia kala sekali gus menaikkan serinya.

Rawatan Alma Lasers antara kaedah sesuai yang boleh dicuba bagi yang ingin mendapatkan bentuk wajah diidamkan terutama kesan runcing.

Dijalankan dalam tempoh satu jam untuk satu sesi, rawatan ini antara kaedah berkesan dan tidak mendatangkan kesan bahaya kepada pelanggan.

Menurut Vikki Chin yang merupakan Pengurus Ten BodyScience Studio, rawatan ini khusus untuk menegang, menganjal, membentuk wajah runcing dan membuang lemak di wajah dengan berkesan.

Katanya ia merupakan satu lagi teknologi terbaharu khas untuk rawatan penegangan kulit dan pengkonturan badan berasaskan cahaya, frekuensi radio, unipolar serta ultrabunyi.

Alma Lasers jelasnya disifatkan sebagai inovasi termaju yang dicipta untuk pelanggan yang mahukan rawatan pantas tetapi kesan keputusannya untuk tempoh lama dan memuaskan.

“Kami amat teruja memperkenalkam mesin laser ini di pasaran yang memberi kekuatan jenama kami dan kemuncak teknologi dalam industri penegangan kulit dan pengkonturan badan yang telah diiktiraf ramai.

“Mesin ini telah mengubah rentak industri dan menawarkan penyelesaian perintis untuk rawatan jenis kulit yang berbeza, belum pernah berlaku dan berhasil sebelum ini,” katanya.

Rawatan Alma Lasers antara kaedah sesuai yang boleh dicuba bagi yang ingin mendapatkan bentuk wajah diidamkan terutama kesan runcing.

Vikki berkata, wajah akan digosok secara lembut dengan teknik urutan untuk proses meruncingkan wajah dan pelembap akan digunakan selepas itu

“Penggunaan mesin ini dapat membantu menegangkan dan menganjalkan wajah selain membentuk struktur wajah dengan menampakkan wajah tirus, tulang pipi dinaikkan dan kulit wajah menjadi tegang serta-merta.

Selepas melakukan rawatan itu tidak sampai, kesan dapat dilihat dan wajah kelihatan runcing, terbentuk dan berseri.

Vikki berkata, dengan penggunaan mesin laser berteknologi tinggi yang tidak mempunyai kesan sampingan, rawatan itu ditawarkan pada harga serendah RM800.

“Rawatan ini sesuai dilakukan untuk semua jenis kulit terutama yang mempunyai masalah kulit wajah matang dan kendur.

“Antara keistimewaan rawatan ini adalah ia dapat mengembalikan keremajaan kulit, menegang, menganjal, meruncing, mencegah garis halus dan kedutan juga menaikkan seri wajah,” ujarnya.

Kata Vikki, rawatan itu juga disarankan kepada bakal pengantin yang mahukan kulit wajah berseri sebelum tiba hari bahagia selain individu yang mempunyai lemak berlebihan pada wajah.

“Rawatan ini antara yang berkesan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan mengalami masalah wajah melebar dan berlemak di sekitar bawah dagu dan pipi.

“Saya memberi jaminan rawatan ini tidak mendatangkan kesan mudarat malah menampakkan kesan positif serta merta seperti yang dimahukan pelanggan,” katanya.

Ten BodyScience menawarkan pelbagai jenis dan pakej rawatan lengkap terutamanya untuk melangsingkan badan dan wajah.

Menurut Vikki, selain rawatan Alma Lasers, pihaknya turut menawarkan pelbagai jenis dan pakej rawatan lengkap terutamanya untuk melangsingkan badan dengan harga berpatutan dan kesan positif.

“Tidak salah untuk mengeluarkan belanja untuk mendapatkan wajah idaman kerana selain kepuasan, pelanggan boleh berehat ketika menjalankan rawatan di pusat kami.

“BodyScience Studio turut dilengkapi semua kelengkapan spa bukan saja untuk wanita malah sesuai juga dikunjungi seisi keluarga kerana kami mempunyai tempat menunggu bagi golongan suami yang datang menemani pasanga mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Ten BodyScience Studio yang terletak di Jalan PJS 11/28 di Petaling Jaya bersebelahan Sunway Pyramid memiliki pengalaman selama 10 tahun dalam rawatan, muka dan kulit.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian +0356211023 atau +0128056880. – MalaysiaGazette