🎥 Mowgli Malaysia REBAH, SEMEK Mati Mengejut

Siapa sangka puluhan ekor kerbau pusaka keluarga yang membesar bersama-sama Muhammad Syukur Khamis atau lebih dikenali dengan jolokan Mowgli Malaysia tiba-tiba mati bergelimpangan akibat serangan wabak Haemorrhagic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah.

Menganggap kejadian yang berlaku sebagai dugaan dan ketentuan dari Allah SWT, Syukur tetap tenang walaupun itu merupakan kehilangan terbesar yang pernah dialaminya sepanjang memelihara haiwan kesayangan tersebut.