Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Dr Noraini Ahmad selepas dipilih sebagai Menteri Pengajian Tinggi di bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Manakala Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun sebagai Naib Pengerusi PAC.

Pelantikan seramai 12 anggota jawatan kuasa PAC diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Jawatankuasa itu diwakili oleh empat wakil rakyat pembangkang.

Mereka ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Lumut, Dr. Mohd Hatta Md Ramli; Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dan Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan.

Manakala ahli Parlimen kerajaan yang dipilih menganggotai PAC pula ialah Ahli Parlimen Sabak Bernam, Mohd Faisah Mohd Fakeh; Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa; Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan; Ahli Parlimen Tajung Karang, Tan Sri Noh Omar; Ahli Parlimen Jelebu, Jalaludin Alias; Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Suani; Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast