Kementerian Kesihatan antara penerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2021. foto FAREEZ FADZIL, 04 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukan sebanyak RM322.5 bilion akan diperuntukan dalam Belanjawan 2021.

Daripada jumlah ini, sebanyak RM236.5 bilion akan disalurkan untuk perbelanjaan mengurus (OE) dan RM69 bilion untuk perbelanjaan pembangunan (DE).

Baki RM17 bilion untuk Kumpulan Wang Covid-19.

Bagi peruntukan mengikut sektor yang tidak mengambil kira peruntukan Kumpulan Wang Covid-19, sebanyak 37.7% untuk program dan projek di bawah sektor sosial, diikuti ekonomi 18.3%, keselamatan 11% dan pentadbiran am 7.7%.

Baki peruntukan RM77.4 bilion untuk perbelanjaan tanggungan dan bayaran perpindahan.

Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan berkata, tiga penerima utama merupakan Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan merangkumi 38.5% daripada jumlah perbelanjaan atau RM117.5 bilion.

Jumlah OE meningkat sebanyak 4.3% berbanding anggaran disemak RM226.7 biliom pada tahun 2020.

OE disalurkan untuk emolumen yang mencakupi 5.4% daripada KDNK, diikuti perkhidmatan dan bekalan, bayaran khidmat hutang, bayaran persaaraan serta subsidi dan bantuan sosial.

Emolumen kekal sebagai komponen terbesar, meningkat kepada RM84.5 bilion terutama kenaikan gaji tahunan penjawat awam.

Pada tahun 2021, sebanyak RM39 bilion diperuntukan untuk bayaran khidmat hutang, yang mana 97.7% diperuntukkan untuk pembayaran kupon atas hutang dalam negeri manakala pinjaman luar pesisir.

Nisbah bayaran khidmat hutang kepada OE dianggarkan 16.5%.

Komponen perkhidmatan dan bekalan mewakili 13.9% daripada jumlah OE, dijangka meningkat sebanyak 8.9% kepada RM32.8 bilion disebabkan anggaran perbelanjaan lebih tinggi bagi pembaikan dan penyelenggaraan serta perkhidmatan profesional.

Kementerian Kesihatan dijangka menerima peruntukan tertinggi iaitu 29.2% bagi perolehan bekalan perubatan serta pembaikan dan penyelenggaraan fasiliti perubatan, diikuti Kementerian Pendidikan sebanyak 16% untuk pembaikan kemudahan sekolah.

Subsidi dan bantuan sosial yang terdiri daripada subsidi makanan dan perkhidmatan insentif dan bantuan sosial dijangka berkurangan sebanyak 6.4% kepada RM18.9 bilion disebabkan penyatuan program rangsangan ekonomi sedia ada iaitu Bantuan Prihatin Nasional, Geran Khas PRIHATIN, Program Subsidi Upah. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.