KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti, Nabil Mahir dan Ayda Jebat mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari depan.

Berita itu diumumkan pasangan berkenaan menerusi siaran di saluran YouTube Channel Wuvvshow pagi ini.

“Kepada kawan-kawan, family dan juga peminat, minta doakan yang terbaik untuk kita berdua,” ujar Ayda.

Menerusi video yang ditayangkan itu, turut terdapat ucapan tahniah daripada rakan-rakan kepada pasangan tersebut.

Selain mengumumkan tarikh pernikahan mereka, video BilAydaJatuhCinta yang dimuat naik di saluran YouTube itu juga turut mendedahkan tentang perkenalan mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast