Southampton melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris buat pertama kali sejak tahun 1988.

LONDON – Southampton mencipta sejarah tersendiri apabila melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris buat pertama kali sejak tahun 1988.

Kelab itu menewaskan Newcastle 2-0 selepas jaringan Che Adams dan Stuart Armstrong memastikan Southampton menerajui liga tertinggi Inggeris itu buat pertama kali sejak skuad Chris Nicholl melakukannya 32 tahun lalu.

Setahun selepas dimalukan 9-0 oleh Leicester di St Mary’s, Southampton berubah menjadi pasukan yang kini mampu menewaskan mana-mana pesaing Liga Perdana.

Mengekalkan kedudukan teratas itu mungkin cabaran sukar buat Southampton, tetapi sekurang-kurangnya mereka boleh mengimpikan tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

Sementara itu Burnley masih kemarau kemenangan musim ini apabila terikat 0-0 di Brighton sekali gus permulaan terburuk mereka dan masih belum mencatat kemenangan selepas lapan perlawanan liga bermula akhir musim lalu.

Skuad kendalian Sean Dyche bagaimanapun naik satu anak tangga dari kedudukan tercorot selepas mengutip mata kedua daripada tujuh perlawanan. – MalaysiaGazette