Joe Biden. foto Reuters

WASHINGTON – Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu dipilih akan menjadikan usaha membendung pandemik Covid-19 sebagai keutamaannya.

Pasukannya memberitahu, lebih banyak ujian saringan akan dilaksanakan dan penduduk Amerika Syarikat (AS) perlu memakai pelitup muka.

Biden dijangka mengumumkan 12 nama dalam pasukan khas koronavirus.

Ketika ini bekas Presiden AS, Donald Trump masih belum mengakui kemenangan Biden ketika beberapa negeri-negeri utama masih lagi mengira undi.

Namun Demokrat pula giat merencanakan pengambilalihan kuasa pada bulan Januari selepas Pilihan Raya Presiden AS memihak kepada Biden.

Terdapat juga laporan bahawa Biden akan menarik semula polisi kontroversi Trump.

Biden akan bergabung semula dalam perjanjian iklim Paris, yang secara rasmi ditinggalkan AS pada hari Rabu selain mahu membatalkan keputusan penarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Beliau juga akan mengakhiri larangan perjalanan ke atas warganegara dari tujuh negara yang kebanyakannya beragama Islam, juga akan mengembalikan dasar era Obama untuk memberikan status imigrasi kepada pendatang tanpa dokumen yang memasuki AS sebagai kanak-kanak.

Dalam ucapan pertamanya sebagai presiden terpilih pada hari Sabtu lalu, Biden menyatakan sudah waktunya ‘untuk menyembuhkan’ AS dan berjanji untuk menyatukan rakyat negaranya.

Kepada penyokong Trump, Biden berkata: “Kita harus melayan lawan kita sebagai musuh”. – MalaysiaGazette