Gambar hiasan

MELBOURNE – Harga minyak Amerika Syarikat (AS) jatuh pada awal perdagangan pada hari Selasa kerana kebimbangan mengenai permintaan dalam jangka sederhana ekoran ekonomi Eropah dan AS terjejas teruk akibat penularan koronavirus di Eropah.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) turun AS$0.81 atau 2%, kepada AS$39.48 setong pada 0029 GMT, setelah melonjak 8% pada hari Isnin, kenaikan harian terbesar dalam lebih dari lima bulan.

Kenaikan itu didorong selepas pembuat ubat Pfizer dan BioNTech mendakwa rawatan eksperimental Covid-19 lebih berkesan daripada 90% berdasarkan hasil percubaan awal.

“Vaksin yang dapat dibangunkan dapat mengubah permainan untuk pasaran minyak, sebuah pasar yangi mana separuh daripada permintaan datang daripada pergerakan individu dan barang-barang,” kata JPMorgan dalam sebuah catatan nota penyelidikannya.

Namun, seperti yang telah dinyatakan sebelumnya, minyak adalah aset spot yang harus terlebih dahulu mengatasi ketidakseimbangan penawaran dan permintaan semasa sebelum harga dapat dinaikkan dalam satu hingga dua tahun.

Rystad Energy berkata, sekatan pergerakan di Eropah boleh mengakibatkan kehilangan permintaan sehingga satu juta tong minyak sehari menjelang akhir tahun ini, ketika dunia masih perlu menunggu beberapa bulan lagi sebelum vaksin tersedia.

“Penemuan segera pelbagai vaksin tidak mengurangkan risiko memandangkan pergerakan penduduk AS terbatas disebabkan musim gugur/ musim sejuk ini,” kata Ketua Pasaran Minyak Rystad Energy Bjornar Tonhaugen.

Penurunan pada hari Selasa dipacu oleh kenyataan Menteri tenaga Arab Saudi, yang menyatakan Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya akan mengurangkan lebih banyak minyak daripada pasaran jika permintaan merosot sebelum wujudnya vaksin.

OPEC dan Rusia bersetuju untuk mengurangkan bekalan sebanyak 7.7 juta tong sehari dari Ogos hingga Disember bertujuan menyokong harga dan kemudian mengurangkan penurunan kepada 5.7 juta tong sehari dari mulai Januari depan.

OPEC dan sekutu-sekutunya akan mengadakan mesyuarat berikutnya pada 30 November dan 1 Disember ini. – MalaysiaGazette