Kereta Honda Civic yang musnah 80 peratus selepas terbakar dalam kejadian di Jalan Jaya 5, Taman Jaya di sini, pagi tadi. Gambar: ihsan JBPM

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta jenis Honda Civic musnah kira-kira 80 peratus selepas terbakar dalam kejadian di Jalan Jaya 5, Taman Jaya di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada orang awam pukul 6.58 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba Bandar Tun Razak digegaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya pasukan bomba pada pukul 7.04 pagi didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta Honda Civic yang sudah terbakar 80 peratus.

“Menurut saksi kejadian, kebakaran bermula di bahagian hadapan kereta terbabit dan terus merebak keseluruhan badan kenderaan itu,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kebakaran pada kereta itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.18 pagi dan operasi menyelamat ditamatkan pukul 7.34 pagi.

Tambahnya, tidak ada mangsa yang cedera akibat daripada kejadian berkenaan dan punca ia berlaku masih lagi dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast