Nik Saiful Adli Burhan

KUALA LUMPUR – Pasukan Tindakan Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) Parlimen Ketereh, di Kelantan sedia membantu Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam menghadapi bencana banjir, yang mana monsun timur laut bermula hari ini.

Pasukan sukarelawan yang dianggotai 76 anggota terlatih itu merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlibat dengan bencana banjir iaitu Melor, Kadok dan Kok Lanas.

Menurut Komander Pasukan, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Nik Saiful Adli Burhan, pasukan sukarelwan itu telah terbukti mampu menggerakkan anggotanya dalam membantu pasukan APM ketika berdepan bencana banjir di tiga daerah itu pada tahun 2019.

Katanya, antara persediaan yang dibuat oleh pasukan itu ialah latihan kecemasan, latihan menyelamat di air, kursus pengendalian bot serta pengurusan tempat pemindahan.

“Setakat ini, telah dua kali mesyuarat pengurusan diadakan antara jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dalam pengurusan banjir yang turut melibatkan pasukan APM di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis serah tugas Komander Pasukan Pertahanan Awam Ketereh di Kok Lanas, Kelantan hari ini.

Nik Saiful Adli (kiri) menandatangani dokumen pelantikan sebagai Komander Pasukan Azman Shah (kanan).

Pada majlis itu, Nik Saiful Adli dilantik sebagai Komander Pasukan bagi menggantikan Lt. Kol. Bersekutu (PA) Azman Shah Abdullah.

Majlis Menandatangani Watikah Serah Tugas disaksikan oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu, Lt. (PA) Mohd Safiyan Ibrahim dan dihadiri 40 pegawai dan anggota APM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast