Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Ini bukan sekadar hikayat tetapi hakikat.

Itu respon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang mengkritik permintaan bersyarat Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Belanjawan 2021.

Beliau menyifatkan permintaan yang diutarakan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak semalam iaitu mahu kerajaan membenarkan pengeluaran wang akaun i Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan penyambungan moratorium seperti Hikayat Puteri Gunung Ledang.

“Minta maaf ya sahabatku YB Pasir Mas! Ini bukan soal hikayat Puteri Gunung Ledang, ini soal hakikat rakyat yang cuba Ahli-Ahli Parlimen BN terutamanya Datuk Seri Najib Razak.

“Yang diminta dan disyaratkan hanya apa yang rakyat mahukan. Bukan sesukar membina jambatan untuk sultan mahupun hidangan tujuh dulang hati nyamuk untuk dijadikan alasan menolak pinangan.

“Yang disyaratkan hanyalah untuk rakyat merasa wang mereka sendiri daripada caruman di Akaun 1 KWSP dan juga lanjutan moratorium bagi meneruskan kelangsungan hidup di tengah-tengah hambatan dan kesempitan yang begitu mencemaskan,” kata Asyraf Wajdi dalam sosial medianya hari ini.- MalaysiaGazette