Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut penjelasan dan tindakan segera kerajaan berhubung penutupan sekolah sehingga 17 Disember ini hingga mengakibatkan lebih 10,000 pengusaha kantin di seluruh negara terjejas.

Ketua Pembangkang itu berkata, tindakan Kementerian Pendidikan itu dikhuatiri menyebabkan mereka terpaksa gulung tikar akibat tidak mampu menanggung beban kos operasi harian.

Beliau kecewa dengan keputusan tergesa-gesa kementerian tersebut kerana diambil tanpa mengambil kira nasib pengusaha kantin.

”Saya tuntut penjelasan dan tindakan segera dari kerajaan, terutamanya Menteri Pendidikan berhubung isu ini.

”Saya nasihatkan kerajaan untuk fikir dan teliti setiap aspek sebelum membuat keputusan yang akan mengesankan rakyat terbanyak, terutamanya ketika zaman getir seperti hari ini,” katanya sambil mendesak kerajaan untuk pertimbangkan cadangan memberi geran bantuan dan lanjutkan kontrak perkhidmatan mereka.

Pada Isnin lalu, Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin mengumumkan penutupan semula sekolah di seluruh negara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri.

Arahan itu merangkumi lebih 5 juta orang murid dan pelajar serta lebih 500,000 orang guru, pensyarah dan warga KPM. – MalaysiaGazette

PKPB: Semua sekolah diarah tutup, dibuka semula 20 Jan 2021

5 Komen

  1. Abis.. Sbb pengusaha kantin kerajaan nak gadai nasib para pelajar, pentadbir sekolah dan guru2. Agak2 la kalau nak buat modal politik pun bong non oiii.

  2. Carilah agenda besar yang boleh membawa Malaysia keluar dari kemelut Covid-19…. Janganlah cari isu yg ciputtttttt… Tak layak untuk bakal PM xxxx… Biarlah isu ini dibawa oleh ketua murid darjah 6 sahaja…..

  3. Sedangkan penganggur yang tak sanggup kerja sawit pun boleh jadi penjaja kecilan takkan pengusaha kantin tak nak buka gerai makan dan jadi pembekal makanan awam, kot?

  4. saya ulang saya ada NOMBOR2 ….Pilihlah nombor2 ini tetapi dengan SYARAT hingga 38 SAHAJA. bila BICARA MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI.

Comments are closed.