full scale MCO Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. parliament sitting Malaysia
Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020.

KUALA LUMPUR – Kerajaan sentiasa terbuka mengadakan rundingan untuk mendapatkan apa sahaja penyelesaian dalam isu pembatalan Projek Menaik Taraf Kemudahan Infrastruktur Landasan Keretapi Berkembar Elektrik di Lembah Kelang (KVDT2) dengan syarikat yang dipertanggungjawabkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, walaupun projek itu dibatalkan dan kerajaan berdepan dengan tiga tindakan undang-undang, namun apa sahaja bentuk rundingan akan diteruskan.

“Dalam hal ini, dengan tegasnya sikap kerajaan terbuka untuk sentiasa merundingkan apa-apa bagi mendapatkan penyelesian.

“Mesyuarat Jemaah Menteri Jumaat lalu telah membuat keputusan supaya satu persepakatan dirundingi antara syarikat ini dengan pencapaian menang-menang,” katanya menjawab soalan Anthony Loke Siew (Seremban-DAP) pada sidang Parlimen hari ini.

Menurut Takiyuddin, projek KVDT2 dimulakan pada Disember 2017 dan dianugerahkan oleh kerajaan kepada syarikat, Dhaya Maju LTAT Sdn. Bhd. dengan kos tertentu.

Namun, katanya, pada Oktober 2018, selepas berlaku perubahan kerajaan dari Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH), kontrak itu ditamatkan.

“Bagaimanapun, pada Julai 2019, runding semula diadakan kerajaan PH dengan syarikat ini dan Jemaah Menteri bersetuju untuk membenarkan Dhaya Maju LTAT Sdn. Bhd. meneruskan projek berkenaan,” katanya.

Berhubung ulasan Peguam Negara yang mencadangkan kerajaan menamatkan kontrak itu kepada syarikat terbabit, secara umumnya adalah sebagai penasihat kepada kerajaan supaya penamatan dibuat berdasarkan undang-undang atau perjanjian.

“Peguam Negara juga menasihat kerajaan memastikan fakta-fakta yang mencukupi bagi tujuan itu supaya apabila berlaku penamatan kontrak, kerajaan tidak berdepan dengan tindakan sivil oleh syarikat,” katanya. – MaaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast