Abdul Rahim Bakri

KUALA LUMPUR – Sejarah hutang negara bermula tahun 1997 apabila negara berdepan dengan krisis kewangan di Asia Tenggara, kata Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abdul Rahim Bakri.

Katanya, tidak berbangkit siapa jadi Perdana Menteri dengan keupayaan negara dapat mengurangkan hutang kepada sifar.

Beliau berkata, hutang negara sehingga akhir tahun ini berjumlah RM874.3 bilion iaitu 60.7 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Untuk makluman, kalau kita lihat sejarah hutang negara bermula tahun 1997 apabila negara kita berdepan dengan krisis kewangan.

“Ekonomi kita diserang menyebabkan kejatuhan mata wang, maka kita terpaksa ambil pendekatan berbelanja secara berhemah bagi memastikan ekonomi kita dapat dijana semula,” katanya menjawab soalan tambahan M. Karupaiya (Padang Serai-PKR) di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Padang Serai itu yakin hutang negara boleh sampai tahap sifar kalau Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan masalah kewangan boleh ditanganinya dengan baik.

Abdul Rahim turut memberi contoh, negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura juga mempunyai nisbah hutang yang tinggi.

Yang penting kata beliau, pinjaman itu digunakan kerajaan untuk keperluan pembangunan negara ke arah memacu Malaysia sebagai negara maju. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast