KUALA LUMPUR – Pas tidak hairan kalau Pakatan Harapan (PH) menolak Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz pada 6 November lalu.
Naib Presidennya, Senator Idris Ahmad berkata, langkah itu adalah sifat semula jadi pembangkang yang tidak pernah bersetuju dengan apa sahaja kerajaan Perikatan Nasional (PN) lakukan, walau untuk rakyat.
Kata beliau, walaupun kerajaan PN meluluskan bantuan moratorium dan pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali pun, beliau percaya pembangkang tidak akan menyokongnya.
“Bukan suatu yang pelik sekiranya PH selaku pembangkang hari ini tidak menyokong Belanjawan 2021 yang buat pertama kalinya dibentangkan di bawah kerajaan PN.
“Andainya dalam bajet itu, kerajaan meneruskan bantuan moratorium secara automatik dan membenarkan akaun 1 KWSP dikeluarkan sebanyak RM10,000, adakah mereka akan terima?
“Saya yakin dan percaya pembangkang tetap juga akan menolak,” katanya yang dipetik Harakahdaily, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, bahawa pembangkang tidak akan menyokong Belanjawan 2021 jika kerajaan tidak meminda beberapa perkara sebagaimana dinyatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengulas lanjut, Idris berkata, tindakan pembangkang itu akan merugikan rakyat terutama penjawat awam.
Katanya, Belanjawan 2021 amat mendasari seluruh keperluan rakyat terutama pembelaan terhadap B40 yang merupakan golongan agak ketinggalan dalam sudut ekonomi.
Bagaimanapun, beliau menekankan pentingnya kepada kerajaan PN untuk memastikan bajet itu sampai kepada rakyat. – MalaysiaGazette

















Pabila lebai berkonsi dgn pnymun pengkianat kluar lh ayt mcm hrm jdh
Ada ahli politik yang setengahnya memang menyusahkan rakyat dan hanya penting perut mereka yang nak diisikan .Jenis menkedarahkan keringat rakyat tanpa ingat kpd tuhan adalah mereka yg bermata duniawi..
Ahli politik atau ahli parlimen yg mahu kuasa dan kekayaan utk diri sendiri dan bila bali ke kawasan pandai berlakon @ opera supaya rakyat percaya apa yg mereka lalukan di parlimen .
Mereka ini patut kena gelek dengan lori sampah atau rakyat ramai-ramai tuju dengan batu.
Rakyat mesti bertindak kepada mereka ini yang GILA tetapi rakyat terpinggir