Gambar Hiasan. foto FAREEZ FADZIL, 22 OKTOBER 2020.

KUALA LUMPUR – Dua individu yang berhadapan tujuh pertuduhan melibatkan pencemaran air Sungai Gong hari ini ditahan di Penjara Bentong selepas Mahkamah Sesyen Selayang tidak menawarkan ikat jamin kepada kedua-dua tertuduh berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, pertuduhan pertama dilakukan menurut Seksyen 124 Kanun Keseksaan manakalan untuk pertuduhan kedua dan ketiga di bawah Seksyen 18(1) dan Sekssyen 19(a) Akta Alam Sekeliling 1974.

Tambah beliau bagi pertuduhan keempat mereka didakwa mengikut Seksyen 61(1)(b) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 manakala pertuduhan kelima dan keenam adalah di bawah Seksyen 34A (2) dan Seksyen 34B (1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Kesemua enam pertuduhan itu turut dibaca serentak bersama dengan pertuduhan di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan Mohd Fadli Datuk Nik Azlan kemudian menetapkan 8 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam pada itu, seorang lagi dituduh di Mahkamah Majistret 2 Selayang hari ini atas pertuduhan melanggar undang-undang kecil 3 Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPS) 2007.

Sebutan semula kes juga akan dilakukan pada 8 Januari 2020. – MalaysiaGazette