Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Sikap ahli Parlimen pembangkang terutama daripada Parti Amanah Negara (PAN) yang tidak bangun menyokong Belanjawan 2021 hari ini, jelas menunjukkan bahawa mereka hanya bermain politik retorik di Dewan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, secara tersiratnya pemimpin PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang disebut-sebut mahu menjadi Perdana Menteri ternyata gagal mendapat sokongan ahli Parlimen mereka sendiri apabila tidak mendapatkan 15 undi untuk menyokong belanjawan tersebut.

“Tersuratnya, jelas menunjukkan pembangkang, terutama ahli parlimen PAN, hanya bermain retorik politik di Dewan Rakyat.

“Jelas perpaduan antara pembangkang amat rapuh apabila sekadar mendapat 13 sokongan pihak pembangkang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Shahir berkata, secara tersiratnya juga, DAP hanya berdebat kosong dan berkecuali apabila berlakunya pengundian.

Dalam hal ini menurut Shahir, ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) jelas membela rakyat apabila melakukan perubahan kepada Belanjawan 2021 agar lebih memberikan manfaat kepada rakyat.

“Paling penting, secara tersiratnya, kerajaan Perikatan Nasional masih mendapat mandat ahli-ahli Parlimen untuk mentadbir negara,” ujarnya.

Terdahulu, Belanjawan 2021 yang selesai digulung oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri TZafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat petang ini lulus dengan suara ramai.

Walaupun suasana agak tegang dengan gangguan ahli Parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati, kelulusan itu mendapat sokongan majoriti ahli Dewan tanpa ada undi belah bahagi.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika mengulas perkara itu berkata, hanya 13 ahli Parlimen pembangkang bangun untuk minta undi belah bahagi diadakan tetapi gagal mendapat kuota sokongan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. SAYA ulang…saya ulang saya ada NOMBOR EKOR kepala serta majoriti menyakinkan utk saya jadi PM Loo kok 13 orang je….P unah H ara pan lagi

Comments are closed.