KUALA LUMPUR – Dua keping gambar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak memakai pelitup muka tular hari ini menimbulkan rasa tidak puas hati netizen.

Warganet rata-rata mempersoalkan penjarakan sosial Ismail Sabri yang kini popular dengan panggil ‘Pak Long Mail’ itu.

Kedua-dua gambar itu diambil dalam satu acara santai yaang dihadiri Ismail Sabri bersama beberapa pemimpin kerajaan Negeri Melaka antaranya Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Ia dimuatnaik Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rais Yasin.

“Alhamdulillah petang tadi dapat santai bersama Menteri Kanan Pertahanan DS Ismail Sabri Yaakob dan team MenHan di kediaman DS Abd Rauf Yusoh.

“Turut hadir bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan kepimpinan UMNO Melaka. Terima kasih atas amanat yang diberi Pak Long Mail. Semoga parti keramat UMNO ini terus diperkukuhkan,” tulis beliau di Facebook hari ini.

Sumber: Facebook Rais Yasin
Sumber: Facebook Rais Yasin

Pengguna Facebook, Mohd Aidiel mempersoalkan tindakan Menteri Pertahanan itu dilihat canggung dengan apa yang dipamerkan Ismail di media.

“Kepimpinan melalui teladan yang Pok long dan Ketua menteri melaka tunjokkan hari ni, boleh di jadikan contoh buat semua.

“Kalau polis nak saman, kerana tak pakai mask dan tak jaga jarak, kita semua boleh tunjokkan gambar di bawah ini,” katanya di Facebook.

Ismail Sabri adalah menteri yang bertanggungjawab untuk membuat sidang media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). – MalaysiaGazette