Bermula esok, semua cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan kembali beroperasi seperti biasa.

KUALA LUMPUR – Bermula esok, semua cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan kembali beroperasi seperti biasa.

Semua perkhidmatan kaunter disediakan dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja.

KWSP akan terus mengamalkan penjarakan fizikal dan langkah-langkah prosedur operasi standard yang wajib di semua cawangan untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Ahli-ahli yang ingin berurusan di cawangan KWSP hendaklah membuat janji temu terlebih dahulu melalui saluran Janji Temu Online (www.kwsp.gov.my/janjitemu). – MalaysiaGazette