KUALA LUMPUR – Wakil India dari parti Pas seharusnya menumpukan kepada usaha menyelesaikan isu perobohan kuil dan bukannya memburukkan lagi keadaan.

Ketua Penerangan MIC, Datuk V Gunalan berkata, Senator N Balasubramaniam seharusnya bersikap lebih proaktif dalam isu berkenaan memastikan isu itudapat diselesaikan dengan bijaksana.

Katanya, beliau terkejut kerana Balasubramaniam lebih cenderung untuk ‘mengajar’ MIC dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya daripada membantu membetulkan keadaan.

“Anda adalah wakil Pas yang mempunyai kelebihan di mana anda lebih memahami permasalahan masyarakat India, lebih-lebih  lagi apabila ia melibatkan perkara sensitif seperti perobohan kuil.

“Tetapi kamu seperti hendak menuding jari kepada MIC kerana menyoal apakah penyelesaian yang boleh diberikan oleh kerajaan negeri seandainya kuil berusia 30 tahun dirobohkan untuk pembangunan semula?

“Jangan kamu memandai mengajar tindakan MIC tidak tepat, sepatutnya kamu bantu dengan memberi pemahamanan serta bekerjasama dengan semua pihak dalam selesaikan isu berkaitan kuil di Kedah.

“Bukankah anda berperanan untuk bantu dan bukan keruhkan keadaan? Jangan asyik cakap kebajikan masyarakat India terjaga tapi lain pula jadinya. Kemudian apabila MIC lantang, anda pula cuba mengalihkan perhatian tuding jari, kita juga tidak akan terdiam,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Gunalan mengulas kenyataan Balasubramaniam yang juga Pengerusi Dewan Perhimpunan Pendukung Pas (DHPP) berhubung pergeseran antara MIC dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu perobohan kuil di negeri itu.

Kuil Sri Raja Muniswaran yang berusia 30 tahun itu dirobohkan selepas tapak yang dimiliki kerajaan negeri itu bmahu dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Kuala Kedah pada 1 Disember lalu.

Balasubramaniam yang berkata perkara itu perlu diselesaikan melalui meja rundingan mendakwa masyarakat India telah menolak MIC.

Semalam Muhammad Sanusi menuduh MIC sebagai sebuah parti politik yang menghasut rakyat untuk melanggar undang-undang dan parti itu sepatutnya diharamkan.

Bagaimanapun Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran menyifatkan Muhamad Sanusi tidak matang dan menyatakan partinya akan terus bersuara untuk kepentingan masyarakat India walaupun tidak disokong Pas.

Menurut Gunalan, tindakan Muhammad Sanusi sepatutnya tidak berasaskan kepada ideologi parti beliau, sebaliknya beliau perlu menjadi Menteri Besar kepada penduduk Kedah.

“Anda bukan pemimpin Pas tapi Menteri Besar untuk seluruh rakyat Kedah yang berbilang kaum, bangsa serta latar belakang.

“Ramai kecewa dengan apa yang terjadi ketika ini, sudahlah kuil dirobohkan begitu sahaja, dalam Belanjawan Negeri juga tidak diperuntukkan apa-apa untuk rumah ibadat bukan Islam.

“Jangan lupa, ramai juga mula menyokong Pas ketika ini yang bukan dalam kalangan Islam dan Melayu. Tindak tanduk sebelum dan selepas menjadi kerajaan sememangnya menyedihkan.

“Kepada Balasubramaniam, anda jangan terlalu taksub kerana ramai penyokong India berharap anda menjadi suara dan membantu mereka tapi bila pegang jawatan kamu beralih pula, kamu pula jadi jurucakap Pas,” katanya. – MalaysiaGazette

Cubalah haramkan MIC! – Vigneswaran

2 Komen

  1. Islam dan bukan Hindu agama persekutuan dalam perlembagaan. Belilah tanah dengan duit sendiri bina kuil dan bukannya bina kuil di tanah orang lain okay. Syabas Menteri Besar setapak meninggalkan mentality Pak Pandir politikus kemaruk sokongan undi pendatang cina keling menang sorak kampung tergadai di mana tanah Melayu kini merosot ke 12% parahnya.
    Nanti tibalah masanya pribumi Melayu ikut contoh lebih baik lagi berkesan daripada negara-negara kecil Qatar, UAE, Kuwait, dan baru-baru ini Dominican Republic ratifikasi ICERD sambil enggan ikhtiraaf kaum pendatang tinggal lama sehingga cucu-cicit sebagai warganegara tempatan demi menjamin hak keistimewaan pribumi mereka, in sha Allah.
    Pribumi Melayu berhak dapat hak keistimewaan Melayu dalam perlembagaan yang bukannya bantuan tongkat dan Melayu malas sepertimana yang disalahfahami oleh mentality Pak Pandir politikus kemaruk sokongan undi pendatang cina keling sebab kebanyakan Melayu rajin terpaksa membanting tulang empat kerat di bawah panas terik matahari sebagai petani, pesawah, dan nelayan adalah fakta sejarah okay.

Comments are closed.