Nik Khatijah Nik Mud strangled IKRAM murder Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat
Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat

SHAH ALAM – Polis menerima satu lagi laporan polis ke atas Da’i Syed melibatkan jenayah rogol dan mencabul.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat yang mengesahkan mengenai laporan polis itu berkata, kini pihaknya menerima lapan laporan polis terhadap pendakwah selebriti itu.

“Setakat ini sudah lapan (laporan polis) diterima membabitkan pendakwah muda tu.

“Dua di Petaling Jaya dan enam di Shah Alam,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan bila laporan itu dibuat namun MalaysiaGazette difahamkan laporan polis kelapan itu dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

“Mangsa merupakan perempuan muda berumur awal usia 20-an,” katanya. – MalaysiaGazette

 

Da’i muda ajak mangsa makan, bagi alasan remeh sebelum bawa ke rumah

1 Komen

Comments are closed.